Juruterapi bertauliah KKM · Berdaftar i-Syifa' Telok Panglima Garang · Banting · Klang — Temujanji sahaja
Darul MuallijRawatan Islam · Telok Panglima Garang

Petua Rawat Kolesterol dan Gout Guna Daun Pandan

Azeri-Muallij · Juruterapi bertauliah KKM — min bacaan
Kredit gambar : MahaMamu

Mungkin anda yang ada penyakit Gout dan Kolesterol tinggi boleh mencuba kaedah yang saya kongsikan ini. InsyaAllah.

Seperti mana biasa kita guna daun pandan untuk bau dia. Bila masak bagi wangi untuk kueh dan lauk pauk. Supaya segar ruang kediaman dan juga kenderaan juga menggunakan daun pandan.

Daun pandan ni, secara semula jadinya mengandungi tanin dan minyak pati yang sangat baik untuk merawat sakit dan melegakan radang.

Daun pandan juga dapat kurangkan asid urik dalam badan dan dalam masa yang sama dapat bantu legakan gejala gout. Sekaligus ia dapat melancarkan pengaliran darah dan kurangkan kadar kolesterol.

Memang tak sangka kan daun pandan sangat efektif untuk kesihatan terutama bagi mereka yang sering mengalami kolesterol tinggi dan juga diserang asid urik @ gout.

Selain itu juga daun pandan juga boleh dijadikan air rebusan untuk membantu mengeluarkan batu karang dari badan.

Nak tau tak macam mana caranya untuk mengamalkan petua rawat kolesterol dan gout menggunakan daun pandan ?

Cara-caranya :

1) Basuhkan 3 ~ 4 helai daun pandan.
2) Simpulkan daun pandan
3) Masukkan daun ke dalam air dan masak sehingga mendidih
     Pilihan : Boleh tambahkan sedikit halia ke dalam rebusan air.
4) Biarkan rebusan mendidih selama 5 minit.
5) Kemudian keluarkan daun dari air dan sejukkan.
6) Bolehlah minum.

Baki rebusan tadi boleh disimpan dalam bekas dan botol kedap udara. Simpanlah dalam peti sejuk.

Jika masih berbaki selepas 7 hari, anda dinasihatkan buanglah dan buat baru.

Sekian. Selamat beramal.

Azeri Muallij
Ditulis oleh Azeri-Muallij

Perawat Darul Muallij Telok Panglima Garang. 10 tahun mengamalkan rukyah syar'iyyah. Juruterapi bertauliah KKM dan berdaftar i-Syifa'.

Ulasan