Ada Sesiapa Pesakit BANTING Memerlukan Khidmat Rawatan Untuk Gangguan Jin (Saka, Sihir, Asyik dan lain-lain) ?



Assalamualaikum.

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati dan tua.

Apa yang penting ikhtiar mencari kesembuhan perlu dilakukan. Jangan mudah berputus asa !

Manusia mana yang meminta untuk diterima ujian penyakit, musibah, bala dan sebagainya. Tiada siapa yang minta untuk diuji. Semuanya berlaku kerana takdir Allah. Allah yang ingin  kita diuji dan semestinya hikmah yang baik dan menunjukkan betapa Allah sayang pada hamba-hambaNya.

Terlalu banyak kes yang saya telah rawat penyakit seseorang tidak kiralah penyakit fizikal ataupun penyakit rohani dimana kebanyakannya berpunca daripada gangguan jin.

Anda percaya tak ?

Masyarakat kini sukar untuk mempercayainya tetapi apa yang saya sampaikan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Anda boleh baca sebahagian kecil pengalaman saya merawat pesakit (saya hanya menulis bila rajin jer) di blog ini anda anda pasti menemui sesuatu. InsyaAllah.

Jika anda diuji terlalu lama dengan penyakit, pasti anda telah banyak membuat research tentang penyakit yang disebabkan gangguan jin seperti sihir, saka, asyik dan sebagainya.

Salah seorang pakar rawatan Islam di Malaysia iaitu Dr Haji Jahid Sidek Al-Khalidi turut berkongsi dalam siri video berkenaan gangguan saka yang saya telah compilekan dalam blog saya ini telah menyebut hampir semua penyakit berpunca daripada gangguan jin. Anda boleh tonton video siri beliau - DI SINI !

Setiap Penyakit Ada Ubatnya

Sekiranya selama ini anda mengalami pengalaman pahit menanggung penyakit yang tak pernah sembuh mungkin ini adalah jalan ikhtiar anda yang anda boleh cuba. 

Berikut saya kongsikan tanda-tanda gangguan yang boleh menjadi punca penyakit anda. Cuba check ! Sekiranya terdapat lebih 3 simptom, maka rawatilah diri anda dengan berjumpa perawat Islam.

Saya pecahkan kepada 3 keadaan gangguan. Sekiranya dari terdapat lebih dari 3 simtom di bawah ini, nasihat saya berikhtiarlah sebelum menjadi lebih parah.


1) Gangguan Ketika Tidur

✅ Sukar tidur malam

✅ Terlampau banyak tidur atau kerap mengantuk terutama pada waktu-waktu yang dilarang tidur

✅ Mimpi melihat binatang berbisa

✅ Bermimpi bayi atau menyusukan bayi

✅ Bermimpi kanak-kanak (melihat atau bermain)

✅ Bermimpi terbang atau melayang

✅ Bermimpi bermain di tempat tinggi atau jatuh dari tempat tinggi

✅ Mimpi mengandung atau bersalin

✅ Mimpi keturunan yang telah meninggal dunia

✅ Bermimpi rumah pusaka

✅ Bermimpi di tempat kotor

✅ Bermimpi lemas dalam air

✅ Bermimpi melihat makhluk aneh/menakutkan

✅ Mimpi kabus dan ada ancaman

✅ Mimpi di kawasan kubur

✅ Mimpi lihat salib/gereja

✅ Mimpi bertarung sama ada haiwan atau sesuatu makhluk

✅ Mimpi bertemu paderi

✅ Mimpi diancam benda tajam seperti pisau, kapak, parang dan lain-lain

✅ Merintih, menangis ketika tidur

✅ Terjaga di tengah malam dalam keadaan takut, cemas, terkejut

✅ Selalu ditindih ketika tidur

✅ Gigi berlaga ketika tidur

✅ Ketawa, menangis, menjerit ketika tidur

✅ Berdiri/berjalan ketika tidur


2) Gangguan Fizikal / Tubuh Badan

✅ Sakit kepala atau bahagian badan tertentu terutama selepas waktu asar ke atas

✅ Badan terasa berat dan malas

✅ Sukar mendapat jodoh

✅ Badan terasa bisa-bisa, sakit/lenguh sendi-sendi utama

✅ Sakit ketika ziarah orang meninggal

✅ Sakit pinggang tanpa sebab

✅ Sakit dada bila waktu asar ke atas

✅ Ada terasa benda bergerak di bawah kulit

✅ Darah haid turun lebih 15 hari (istihadah)

✅ Kitaran haid tidak normal

✅ Senggugut yang kuat

✅ Gangguan sekitar rahim (rasa panas, keras atau rasa dibelit sesuatu

✅ Batuk yang berpanjangan

✅ Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran

✅ Kerap keguguran

✅ Gagal melakukan hubungan kelamin

✅ Pandangan menjadi kabur, rabun

✅ Sakit menusuk di bahagian ulu hati, ari-ari, rusuk

✅ Mengantuk bila dengar Al-Quran

✅ Mandul

✅ Kanser/ketumbuhan/fibroid

✅ Seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti pijak kaca, paku, telur

✅ Sawan yang bukan disebabkan demam panas

✅ Down syndrome

✅ Migrain

✅ Gastrik

✅ Sakit tulang belakang/belikat

✅ Melihat jin secara terus

✅ Lihat sesuatu yang pelik semasa jaga

✅ Gatal pada kulit terutama pada waktu tertentu seperti malam/tengah hari

✅ Demam yang berpanjangan (tak kebah) terutama pada waktu malam


3) Gangguan Dalam Rumah

✅ Bunyi guli jatuh di atas syiling

✅ Selalu melihat kelibat di rumah

✅ Ditindih ketika tidur

✅ Tidak dapat tidur atau tersentak ketika tidur

✅ Ada kesan lebam pada bahagian tubuh

✅ Terasa seolah-olah sentiasa diperhatikan

✅ Anak-anak kecil kerap menangis seolah-olah takutkan sesuatu

✅ Suasana dalam rumah sentiasa 'tegang' (tiada keharmonian dalam rumah tangga)

✅ Demam yang berpanjangan, tidak kebah atau demam pada waktu tertentu

✅ Malas dalam beribadah atau melakukan amal soleh khususnya di rumah

✅ Adakalanya, jin/syaitan akan menghadirkan dalam mimpi memaklumkan bahawa ia mendiami kediaman tersebut

✅ Nyalaan api atau perkara pelik di dalam rumah


Sekiranya anda mempunyai lebih dari 3 simptom di atas, sila hubungi saya ataupun wasap di 010-8187618 untuk temujanji rawatan. InsyaAllah.

"Kita hanya ikhtiar, kesembuhan milik Allah"


Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama