Rawatan Islam Perdana Darul Muallij di Masjid Lama Pengkalan Badak, Kuantan

Assalamualaikum para pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini.

Pada 9 December 2023 kami di Darul Muallij telah mengadakan rawatan islam perdana di Masjid Lama Pengkalan Badak, Kuantan, Pahang.


Ini merupakan kali ke 2 pada tahun ini kami melakukan program rawatan Islam perdana di masjid ini. Atas permintaan penduduk setempat maka ramai perawat Darul Muallij telah turun memberi khidmat kepada masyarakat setempat.

Ada perawat yang datang dari Kelantan, Terengganu, Selangor dan tak lupa juga Johor.

Terdapat pelbagai jenis pesakit yang hadir untuk mendapatkan rawatan Islam. Ada pesakit skoliasis, kencing manis, saka, sihir dan lain-lain. Boleh dikatakan ramai juga pesakit yang hadir untuk rawatan. Macam-macam penyakit rohani dan jasmani dihadapi oleh pesakit-pesakit. MasyaAllaah.

Perawat Darul Muallij

Sehari Rawatan Islam Perdana

Program ini hanya dilakukan sehari sahaja. Dari jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang. Ada pesakit yang datang masam dan balik senyum. Ada juga yang sebaliknya. Kesembuhan bukan datang dari tangan manusia. Hanya Allah yang menyembuhkan penyakit atas keizinan-Nya.

Seawal pagi telah hadir pesakit untuk dirawat.


Walaupun badan penat melayan pesakit namun kekuatan ukhwahfillah diantara perawat Darul Muallij menjadi kekuatan untuk membantu sesama perawat.


Rawatan Berjemaah

Bersatu teguh bercerai roboh. Begitulah simpulan bahasa melayu yang biasa kedengaran. Manakan daya dinamakan penyapu lidi sekiranya tidak disatukan banyak lidi. 

Tidak dinafikan apabila dikalangan merawat pesakit ketika rawatan Islam perdana kesan pada pesakit berlainan. Ini kerana setiap perawat ada caranya tersendiri apabila mengatasi satu-satu penyakit.

Dari situ perawat-perawat boleh belajar teknik rawatan Islam yang dibenarkan syarak khususnya bagi perawat baru. Dari rawatan Islam perdana juga para perawat senior akan mengajar dan menegur sekiranya perawat junior melakukan kesilapan. Ia lebih mudah sekiranya Tuan Guru pusat rawatan ada sekali dalam program seperti ini.


Kursus Rawatan Islam Darul Muallij

Kebiasaannya kami di Pusat Rawatan Islam Darul Muallij akan mengadakan kursus rawatan Islam ketika mana program rawatan Islam perdana dilakukan. Setakat ni belum pernah lagi kami tidak mengadakan kursus serentak dengan program rawatan perdana seperti ini.

Sekiranya anda ingin berminat untuk mengetahui tarikh kursus rawatan Islam dari Darul Muallij yang terbaru dan akan datang, saya menjemput anda untuk join FORUM kami di Telegram. Jom join kami DI SINI ! 


Kesimpulan

Sekiranya anda sebagai perawat rawatan Islam yang memilih bidang ini demi membantu masyarakat, program-program seperti ini boleh membantu memecahkan tembok ketakutan dalam diri. Ia membantu menjadi diri anda berani untuk menghadapi musuh Allah yang tidak nampak.

Memilih bidang ini merupakan satu mujahadah dan yang penting ikhtiar memperolehi redho Allah.

Semoga bermanfaat perkongsian saya kali ini. Jumpa lagi di artikel yang lain. InsyaAllaah. Sekian. Terima kasih.

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama