Rukyah Halau Semut Tanpa Bakar dan Spray


Assalamualaikum para pembaca budiman. Pernah tak rasa tak selesa bila terlalu banyak semut di rumah. Bila semut dah merayap sampai kawasan dapur terutamanya lagilah tak selesa. Tambahan pula ketika tengah makan semut merayap sampai ke tangan dan kaki kita kan.

Bayangkanlah kalau semut sikit-sikit yang merayap tu bolehlah diusahakan untuk disapukan dengan penyapu. Tapi kalau dah  semut terlalu banyak...mahu pening kepala. Nak dibakar tak sampai hati. Khuatir termasuk jadi golongan manusia yang zalim. Tambahan pula kalau guna spray. Mungkin caranya tak kejam tapi itu dah kira membunuh makhluk Allah juga tu.

Nak tahu tak cara rawatan Islam menangani masalah semut hanya menggunakan ayat Al-Quran sahaja ?

Alhamdulillah, kaedah ni saya gunakan setiap kali ada semut yang terlalu banyak dan dah lama merayap di sekitar rumah.

InsyaAllaah cara ni tak kejam dan tidak meletakkan kita menjadi manusia yang zalim.

Semut kan makhluk yang kecil dan halus. Takkan kita nak henyak semut tanpa belas kasihan. Pasti ada kaedah yang terbaik dalam rawatan Islam.

Antara ayat yang saya amalkan setiap kali semut datang berkumpulan di rumah saya, saya akan bacakan ayat di bawah nie.

Mula-mula dekatkan diri dengan semut tu. Jangan sampai mengganggu perjalanan semut tu. Lihat semut-semut tu semua beraksi dan bacakan ayat nie.


  1. Al-fatihah
  2. Surah An-Naml ayat 18 (baca 1 atau 3 kali)
  3. Hembus perlahan pada semut-semut tu. (Jangan kuat sangat)

InsyaAllaah, tidak beberapa minit selepas tu, semut-semut akan beredar dari kawasan tu dan hilang entah ke mana. Semua dengan izin Allaah. Cubalah !



(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".

 

Sekian dulu perkongsian saya pada post kali ni.

Semoga membantu anda. Kongsikan amalan ni kepada rakan dan kenalan anda yer. Sekian. Wassalam.

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama