Pengamal Pengubatan Islam PERLU BERDAFTAR Dengan i-Syifa'

 


Assalamualaikum para pembaca blog ini.


Saya tak pasti anda yang membaca ni adakah dari kalangan perawat/pengamal pengubatan Islam atau anda pesakit yang sedang mencari maklumat.


Maklumat ini saya kongsikan disebabkan penguatkuasaan KKM dalam Akta PT&K (Perubatan Tradisional dan Komplimentari) 2016 akan dikuatkuasa sepenuhnya kepada pengamal pengubatan Islam khususnya dan pengamal rawatan lain amnya pada tahun 2025 iaitu tahun depan.


Sekiranya anda dikalangan perawat Islam yang aktif merawat masyarakat, anda perlu disaring melalui satu badan bertanggungjawab dalam bidang pengubatan Islam iaitu i-Syifa'.


Ia adalah bawah seliaan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor).


Sekiranya anda serius ingin menjadi pengamal pengubatan Islam, pastikan anda melalui ujian saringan dengan i-Syifa'. Syarat ini perlu dilalui oleh pengamal dan sekiranya merawat tanpa mendapat pengesahan i-Syifa' ia memberi implikasi dan risiko besar dari segi undang-undang Akta 755.


Saya yakin anda faham tentang Akta 755. Kalau tak faham cuba tanya pakcik Google untuk jawab ataupun Chat GPT.



Elakkan Penipuan Dalam Rawatan Islam

Bagi anda dari kalangan pesakit mungkin ini satu peringatan agar mengambil langkah berhati-hati ketika memilih perawat Islam.


Penguatkuasaan ini juga memberi jaminan bahawa pengamal ataupun perawat pengubatan Islam yang telah mendapat pengesahan dari i-Syifa' adalah diyakini selamat dari hukum syarak Islam.


Ini juga dapat mengelak daripada pelbagai kes penipuan, penindasan dan scam dalam pengubata Islam sehingga mencalar kredibiliti pihak jabatan-jabatan agama Islam di seluruh Malaysia.


Bagi anda yang tercari-cari perawat Islam yang sah, pastikan mereka mempunyai sijil pengesahan dari i-Syifa' ataupun memiliki sekurang-kurangnya SKM3 dalam bidang pengubatan Islam.


Anda boleh bertanya terus kepada perawat yang anda ingin mendapatkan perkhidmatan mereka adakah mereka mempunyai sijil dari i-Syifa' ataupun SKM3 pengubatan Islam.



Ujian Temuduga i-Syifa

Sesi temuduga perlu dilalui oleh perawat Islam sebelum disahkan sebagai pengamal pengubatan Islam. Terdapat sekurang-kurangnya 3 pegawai yang akan bertanyakan soalan-soalan tentang ilmu rawatan Islam.


Anda perlu menjawab setiap soalan mereka tentang ilmu rawatan Islam yang anda amalkan.


InsyaAllaah sekiranya anda amalkan mengikut syariat Islam menurut Al-Quran dan Sunnah ia mudah sebenarnya.


Pengalaman sendiri melalui ujian ini menjadikan saya faham betapa perlunya perawat mendapatkan pengesahan dari i-Syifa' sebelum merawat masyarakat secara aktif diluar sana.


Ia menjadi WAJIB sekiranya anda ingin terus merawat.



Kesimpulan

Apa-apapun saya ucapkan selamat maju jaya kepada anda yang akan melalui ujian i-Syifa' kelak. Semoga anda berjaya menjawab soalan-soalan dari pegawai penemubual i-Syifa' dan lulus dengan jayanya. InsyaAllaah.

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama