Juruterapi bertauliah KKM · Berdaftar i-Syifa' Telok Panglima Garang · Banting · Klang — Temujanji sahaja
Darul MuallijRawatan Islam · Telok Panglima Garang

Laman AZERIIM LMS - Sistem Video Tutorial Percuma Ilmu Rawatan Islam

Azeri-Muallij · Juruterapi bertauliah KKM — min bacaan

Assalamualaikum para sahabat budiman. Setelah berkecimpung dalam bidang rawatan Islam ni pelbagai usaha saya lakukan untuk memberi input yang baik tentang ilmu rawatan ini. 

Seperti yang sedia maklum bagi yang mengenali diri saya, saya juga merupakan usahawan internet yang suka menjual secara online. Walaupun bidang yang rawatan Islam banyak risikonya tetapi bidanga ini sedikit sebanyak memberi jalan membawa saya lebih dekat mengenali Allah Subhanawata'alaa.

Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini saya telah menyiapkan satu laman LMS (Learning Management System) yang saya beri nama AZERIIM-LMS untuk saya berkongsi video tutorial yang memberi manfaat bersama. Terdapat dua pilihan iaitu versi PERCUMA dan BERBAYAR. 

Ia agak baru, jadi video tutorial yang tersedia di dalam sistem ini ketika mana artikel ini ditulis tidaklah banyak mana. Tapi untuk versi percuma dalam ilmu rawatan Islam saya telah masukkan dalam sistem tersebut.

Semua video tutorial versi percuma saya telah tetapkan agar anda boleh terus belajar tanpa perlu berdaftar. Anda boleh terus belajar dari situ.


Saya harapkan anda doakan saya agar dapat terus berkongsi ilmu rawatan Islam secara lebih interaktif kelak. 

Satu Usaha Dakwah Zaman Moden 

Sebagai perawat Islam saya berpengalaman menghadapi pelbagai masalah penyakit masyarakat. Majoriti punca penyakit daripada keseluruhan kes rawatan yang saya rawat berpunca dari gangguan jin dikalangan syaitan. Boleh dikatakan 80% ~ 90% punca penyakit daripada gangguan.

Gangguan berpunca daripada sihir, saka, jin asyik dan sebagainya.

Perkara seperti ini masih ramai masyarakat masih belum sedar.

Mereka masih belum sepenuhnya yakin bahawa terdapat punca penyakit lain selain punca klinikal yang boleh dirawat sebenarnya.

Kepercayaan sebilangan besar bahawa rawatan Islam hanya untuk penyakit mistik, kerasukan dan lain-lain penyakit ghaib sahaja adalah satu kesalahan yang besar sebenarnya.

Bagi kami sebagai perawat rawatan Islam, masih mengutamakan rawatan klinikal terlebih dahulu sebelum teruskan ikhtiar rawatan kontemporari seperti rawatan pengubatan Islam. Kami akan bertanya kepada pesakit terlebih dahulu adakah pesakit telah bertemu doktor untuk rawatan atau belum.

Melalui sistem AZERIIM-LMS inilah saya akan berkongsi video tutorial yang bermanfaat kepada penguna kelak dan mungkin termasuk diri anda.


Saya Harapkan Sokongan Anda

Kewujudan sistem pembelajaran AZERIIM-LMS ini memberi saya semangat untuk saya terus berkongsi segala ilmu yang mungkin dari diri saya sendiri atau dari orang lain. Apa yang penting objektif mempelajari ilmu yang bermanfaat itu dapat dicapai dengan baik kelak.

Saya mengharapkan sokongan anda untuk bantu saya menaikkan sistem LMS baru saya ini. 

InsyaAllah semoga usaha ini diberkati Allah.


Kesimpulan

Ilmu walaupun sedikit tetapi dapat diamalkan adalah lebih baik daripada banyak ilmu dipelajari tetapi tidak diamalkan. Ia satu kerugian. Apa yang penting kita terus belajar tidak kiralah apa sahaja peringkat umur. Ilmu inikan pelita hidup.

Sedikit-sedikit kita daki gunung insyaAllah akan sampai ke puncak kelak.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Sila kongsikan artikel blog saya ini sekiranya memberi manfaat kepada anda. Sekian. Wassalam. InsyaAllah jumpa lagi di artikel blog saya yang lain.

Azeri Muallij
Ditulis oleh Azeri-Muallij

Perawat Darul Muallij Telok Panglima Garang. 10 tahun mengamalkan rukyah syar'iyyah. Juruterapi bertauliah KKM dan berdaftar i-Syifa'.

Ulasan