Maklumat berikut saya sebarkan untuk makluman anda. Sebarang rawatan yang melanggar syariat adalah BUKAN rawatan Islam.
Berikut adalah informasi hebahan dari Pusat Rawatan Islam Darussalam. Sila baca, faham dan sebarkan !
Dua minggu lepas jawatankuasa Darussalam menerima aduan daripada seorang mangsa kepada seorang "ustaz" yang mendakwa mampu merawat gangguan sihir dan menyatakan beliau adalah anak murid Tn Guru Dato' Ismail Kamus dan perawat Darussalam.
Gambar yang dipamerkan adalah gambar sebenar bagaimana pesakit dirawat oleh "ustaz" tersebut. Dalam video berdurasi penuh cara sentuhan "ustaz" tersebut lebih parah daripada yang kami screenshootkan bahkan memalukan. Setelah diselidik oleh jawatankuasa, ramai sudah yang jadi mangsa bahkan sehingga ada mangsa yang dibawa ke hotel untuk melepaskan nafsunya sebagai syarat untuk mendapat kesembuhan.
Dengan meletakkan janda kaya sebagai target utama, perawat ini juga meletakkan caj ribuan ringgit malah mencecah puluh ribu ke atas mangsa. Kebanyakan pesakit (wanita cantik) yang membuat rawatan dengan beliau, akan hilang nafsu dengan suami sendiri bahkan sering teringatkan perawat tersebut yang mengaku sebagai "ustaz" dan pengamal perubatan Islam. Dan perawat ini berpindah randah dari satu negeri ke satu negeri bila perbuatannya mula dihidu atau tidak disenangi.
Adalah diingatkan Darussalam sama sekali tidak melahirkan perawat atau kaedah rawatan seperti ini. Konsep rawatan di Darussalam adalah menjaga batas-batas syarie termasuklah dalam aspek sentuhan terhadap pesakit.
Di Darussalam, sentuhan adalah minima bahkan adakalanya tidak perlu kepada sentuhan dan memadai dengan bacaaan ruqyah. Sentuhan atau memegang pesakit dilakukan apabila pesakit agresif atau bertindak diluar kawalan. Dan sentuhan atau memegang pesakit dengan cara kasar yang menyebabkan kecederaan adalah dilarang sama sekali.
Darussalam juga melarang keras menyentuh atau memegang atau mana-mana cara yang menyebabkan sentuhan anggota badan perawat dengan anggota sulit atau bahagian sensitif pesakit berlainan jantina khasnya, perbuatan ini adalah melanggar batas syarak dalam perubatan Islam, bahkan semakin jauh dengan kesembuhan dan rahmat Allah.
Perawat tersebut yang mendakwa beliau adalah perawat Darussalam adalah tidak benar sama sekali. Beliau mendakwa belajar dengan Tn Guru Dato' Ismail Kamus, namun kaedah yang dilakukan sama sekali bukan kaedah yang diajar atau diamalkan oleh Tn Guru Dato' Ismail Kamus.
Darussalam dalam proses mengumpulkan bukti dan akan mengambil tindakan sekiranya beliau masih berterusan menggunakan nama Darussalam sebagai modal untuk menarik kepercayaan pesakit bagi memuaskan nafsu beliau.
Mana-mana individu yang mendapatkan khidmat rawatan dari mana-mana perawat yang mendakwa ia adalah perawat Darussalam sedangkan kaedahnya adalah diluar batas yang sepatutnya, atau pelik daripada kebiasaaan, atau merasakan keraguan dengan kaedah rawatan yang dilakukan anda boleh menghubungi Exco Lajnah Disipin Darussalam, Tn Hj Dr Khairolden di talian 013-341 4908.
Silakan share, bantuan kita semua dalam membanteras kegiatan bomoh, atau mereka yang mengambil kesempatan atas nama "ustaz perubatan islam" sangatlah besar ganjarannya disisi Allah SWT.
Abdul Hadi Jusoh
Exco Lajnah Penerangan & Multimedia,
Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia
Tags:
Rawatan Islam