Susulan dari masalah individu yang mempergunakan kredibiliti Tn Guru Dato' Ismail Kamus untuk meraih nama sebagai perawat Dasussalam walhal individu tersebut bukanlah perawat dari Pusat Rawatan Darussalam. Pihak Darussalam telah melakukan laporan polis agar tindakan susulan dapat dilakukan demi menjaga nama baik pusat perubatan Islam.
Berikut adalah kenyataan daripada Exco Lajnah Penerangan dan Multimedia (Pusat Rawatan Islam Darussalam) bernama Abdul Hadi Jusoh.
LAPORAN POLIS KE ATAS SAIFUL EZWAN - PENYAMARAN SEBAGAI PERAWAT/AHLI DARUSSALAM DENGAN RAWATAN YANG MERAGUKAN
Susulan daripada posting kami pada bertarikh 9 April 2019 bertajuk (Merawat Atau Meraba), pihak Darussalam telah membuat satu laporan polis ke atas kes ini pada 16 April 2019 bagi menafikan keterlibatan Darussalam pada kes-kes rawatan perawat tersebut ke atas pesakit.
Pihak Darussalam telah menerima beberapa aduan daripada pesakit yang sebahagiannya kami paparkan disini, bagaimana kaedah rawatan yang dilakukan yang pada pandangan kami adalah terpesong dari sisi syarak, dan beliau sama sekali bukan perawat atau ahli Darussalam Malaysia.
Beliau SYAIFUL EZWAN BIN SAFARI atau dikenali Ust Wan yang kini aktif sekitar Sri Manjong, Teluk Intan, Sg Besar, dan sekitar Subang Jaya telah mengaitkan diri beliau dengan Darussalam dan nama Tn Guru Dato' Ismail Kamus dalam rawatan beliau kepada pesakit. Pihak Darussalam telah menerima aduan daripada pesakit dan disahkan bahawa beliau :
1. Membohongi pesakit dengan mengaku beliau adalah ahli dan perawat Darussalam.
2. Melakukan rawatan yang melampau dan bukan ciri-ciri atau kaedah rawatan Darussalam.
3. Melakukan hal-hal yang menjatuhkan imej Darussalam seperti meletakkan tangan di atas alat sulit pesakit, memeluk pesakit, meletakkan caj yang mahal, membuka aurat pesakit di khalayak ramai, dan lain-lain.
Darussalam menegaskan beliau bukan ahli/perawat Darussalam dan rawatan beliau sama sekali bukan kaedah rawatan Darussalam. Darussalam tidak bertanggungjawab atas risiko mana-mana individu yang berurusan atau menerima rawatan daripada beliau.
Mana-mana pesakit yang mendapatkan rawatan daripada perawat yang mengaku sebagai ahli atau perawat Darussalam, dan pesakit merasakan ragu-ragu dengan kaedah yang dilakukan, atau mencederakan, atau menyentuh bahagian sulit/tempat sensitif, atau menghubungi pesakit dengan akhlak yang tidak sopan dan seumpamanya, pesakit boleh mendapatkan pengesahan atau membuat aduan kepada :
1. Us Hj Abdul Manaf Jusoh, 019-2788 512
- Pengerusi Darussalam
2. Dr Hj Khairolden, 013-341 4908
-Exco Lajnah Disiplin Darussalam
Diharapkan orang ramai berhati-hati dengan perawat yang mengaitkan nama mereka dengan Darussalam atau perubatan islam secara umumnya, sedangkan kaedah mereka melanggari dari batas-batas rawatan yang dibenarkan dalam agama dan melampaui adat sopan yang sepatutnya.
Abdul Hadi Jusoh
Exco Lajnah Penerangan & Multimedia
Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia
NOTA DARI RSM ; Jika terdapat sebarang aktiviti rawatan yg mencurigakan diamalkan oleh ahli dalam RSM, sila laporkan kepada ADMIN.
Tags:
Rawatan Islam