Assalamualaikum para pembaca blog Rawatan Islam DM Telok Panglima Garang. Terima kasih kerana sudi menjengok blog ini. Semoga apa yang telah dikongsikan memberi manfaat kepada anda. Pada post kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya merawat salah seorang pesakit yang terkena sihir pengasih yang pada mulanya bertujuan untuk mematuhi arahan dan menggamit perasaan sayang telah bertukar menjadi dendam akhirnya.
Rasa Sayang Bertukar Milik
Begini kisahnya...
Pesakit merupakan isteri orang dan mengadu telah menanggung derita kesakitan fizikal setelah menyedari kemungkinan besar dirinya terkena sihir. Kesedaran ini berlaku setelah rakan-rakan baik menegur pesakit yang kelihatan terlalu rapat dengan seorang ketuanya di tempat kerja. Rakan pesakit menegur kerana sebelum ni mereka sering meluang masa bersama rakan karibnya, tetapi ia berlaku sebaliknya dan nampak janggal dari sudut pandangan rakan karibnya sendiri.
Buat makluman pembaca sekalian, ketua di tempat kerja pesakit merupakan suami orang dan pesakit adalah setiausaha lantikan di tempat kerjanya. Kesedaran pesakit untuk dirawat mula timbul disebabkan teguran dan ingatan berkali-kali oleh rakan pesakit yang terlalu rapat dengan ketuanya agar menjaga batasnya. Ini kerana rakan rapat kepada pesakit kelihatan hubungan dengan ketuanya kelihatan agak luar biasa sehingga boleh menimbulkan fitnah. Personaliti pesakit juga berbeza berbanding sebelum dan selepas menjadi setiausaha lantikan kepada ketuanya.
Pesakit menceritakan kepada saya, sehinggakan pesakit sanggup bermesej dan wassap bukan sahaja hal kerja malahan perasaan yang dirasai ketika itu seperti orang yang sedang dilamun cinta. Bermesej walaupun di waktu tengah malam. Anda yang pernah bercinta pasti tahu bagaimana perasaan itu. Bukan ?
Apa yang lebih merisaukan rakan baiknya adalah setiap arahan ketuanya akan dituruti termasuklah mengemas pejabat seperti membeli dan menukar langsir pejabat, membuat laporan yang pada hakikatnya merupakan tugas mutlak ketuanya dan sebagainya. Setiap panggilan telefon dan mesej dari ketuanya akan dijawab pantas dan dituruti sehabis baik seperti mana 'pak turut' yang mendengar arahan.
Pernah juga terjadi pada harijadi pesakit, suaminya terpaksa membawa kek ke pejabat bersama anak-anaknya untuk meraikan harijadi kerana terlalu kerap balik lambat berbanding sebelum berlakunya perkara ini. Mungkin suaminya sedar perubahan isterinya menyebabkan suaminya melakukan sedemikian.
Ada beberapa kisah lain yang menjadi asbab pesakit tersedar dari lamunan dan saya sebagai perawat berpendirian ada baiknya saya rahsiakan sahaja.
Pesakit Mula Diuji
Sejak pesakit menyedari bahawa kehidupan rumah tangga tidak seperti dulu, pesakit juga menyedari kemesraan yang dilakukan tidak sepatutnya dilakukan oleh beliau sebagai isteri orang menyebabkan pesakit mula melakukan rawatan.Sejak pesakit melawan perasaan dan mula menjauhi suami orang tu, pelbagai penyakit fizikal yang dialami pesakit seperti semput secara tiba-tiba, sakit dada, batuk berpanjangan, sakit pinggang dan macam-macam lagi. Dan yang paling ketara sihirnya adalah sehingga menyebabkan period pesakit tidak berhenti sehingga 3 bulan. Secara kebetulan atau tidak, wallahua'lam.
Apa yang menyedihkan ialah penyakit fizikal turut menyerang anak-anaknya. Tanpa mengenal putus asa, pesakit sering pergi ke klinik untuk rawatan dan ubat. Tetapi yang menyedihkan, reputasi kerjanya menurun sejak itu kerana sering tidak hadir ke tempat kerja kerana faktor kesihatan.
Pelbagai perawat yang telah pesakit temui, jauh dan dekat, perawat syariat dan batil dan macam-macam lagi dengan niat semoga penyakit yang dialaminya sembuh. Namun semakin dirawat, semakin pesakit menderita kesakitan. MasyaAllah.
Sehingga pada satu tahap pesakit yakin bahawa penyakit fizikal yang dialami bukan penyakit fizikal biasa malahan angkara sihir seseorang yang tidak berpuas hati padanya. Bermula dari situ pesakit terus menjumpai pelbagai perawat Islam untuk merawat penyakit sihir yang mungkin dialaminya.
Pesakit benar-benar yakin ini adalah angkara sihir kerana dari mimpi yang sering dialami seperti ular hitam yang ingin mematuknya, mimpi ramai mayat ngeri bergelimpangan, mimpi wajah ketuanya yang memandangkan sambil tersengih kepadanya dan macam-macam lagi. Mimpi-mimpi itu hampuir setiap malam berlaku. Semua tanda-tanda mimpi itu juga telah kaji oleh pesakit sendiri dan pesakit yakin bahawa dirinya berkemungkinan besar telah disihir.
Sampai satu tahap pesakit sampai takut nak ke pejabat kerana berasa kemungkinan ini angkara ketuanya. Adakah kerana dendam atau apa ? Wallahua'lam
Pesakit Mula Di Rawat
Seperti biasa kami di Darul Muallij telah diajar oleh Tuan Guru kami agar menganalisa pesakit terlebih dahulu. Kaedah analisa hanyalah untuk mengetahui sejauh mana seriusnya gangguan dialami. Antara persoalan yang akan ditanya seperti gangguan yang sering dialami semasa jaga dan semasa tidur serta beberapa soalan kesakitan apakah yang dialami pesakit.Selepas kenalpasti jenis tanda-tanda gangguan yang dialami, maka sesi rukyah pun dijalankan. Dari borang analisa yang diisi (borang analisa perlu di isi oleh pesakit sebelum rawatan) menunjukkan pesakit menunjukkan lebih kepada tanda-tanda terkena sihir. Wallahua'llam.
Tetapi sebelum saya teruskan rawatan saya telah berpesan kepada suami pesakit dan pesakit sendiri, sihir ini buatan dukun/bomoh dan ia boleh menyerang kembali selagi pengupah sihir terus menggunakan khidmat dukun/bomoh. Sihir akan berterusan dihantar dan saya mengingatkan agar pesakit sekeluarga istiqamah dengan amalan benteng diri dan banyakkan berdoa kepada Allah.
Rawatan Rukyah
Ketika sesi rukyah pesakit mula hilang kawalan. Pesakit mula dikawal oleh makhluk jin yang telah lama bersarang di badan pesakit. Pesakit berada dalam keadaan kepala bergoyang perlahan tetapi konsisten. Ia seperti dalam keadaan makhluk jin itu sedang bertahan dengan ayat rukyah yang sedang dibacakan.
Agak lama juga makhluk jin bertahan sehinggalah menggunakan kaedah dialog dengan jin. Berdialog dengan jin tidak boleh dilakukan terlalu lama kerana jin adalah makhluk yang sangat suka berbohong. Memang sifat jin suka mempermainkan manusia dengan tipu helahnya.
Saya akan berdialog dengan jin jika terpaksa sahaja. Inilah sebahagian dialog yang saya ingat.
"Kau jin sihir ?" tanya saya kepada makhluk jin di tubuh pesakit namum jin tersebut diam membisu.
"Aku tau kau sedang sakit disebabkan ayat yang aku baca, kau mahu aku teruskan membaca ayat Quran ?...Kau jin sihir ? "
"Ya" - balas jin itu dengan suara agak perlahan sambil mengangguk kepala.
"Kau bertuan ?" - tanya saya
"Ya" - balas jin tu.
"Kau nak keluar atau tidak ?" - saya gertak jin sihir itu dan jin tersebut menggeleng kepala tanda tidak mahu keluar dari tubuh pesakit.
"Kau takut pada tuan kau ?" - saya terus bertanya dan jin hanya mampu mengangguk sahaja.
"Tuan kau nampak kau sekarang ni ?" - saya mula perangkap jin tu.
"Ya" - jin membalas dengan suara yang agak lemah.
"Baiklah...aku tutup padangan tuan kau" - sejurus tu saya terus baca ayat 9 daripada Surah Yasin sambil niatkan agar Allah tutupkan pandangan tuannya daripada mengawasi jin ini. Tak semena-mena jin itu dari terangguk-angguk perlahan tanpa henti terus berhenti setelah membaca ayat benteng tu,
Untuk kenalpasti benarkah jin telah ditutup pandangan daripada tuannya maka saya pun bertanya.
"Tuan kau dah tak nampak kau bukan ?"
"Ya" - jawab jin tu.
" Baiklah...insyaAllah aku akan putuskan ikatan kau dengan tuan kau"
Setelah ikatan diputuskan dengan izin Allah, jin tersebut lebih tenang dan saya terus mendakwahi jin tersebuat agar masuk Islam. Alhamdulillah, diatas hidayah Allah jin itu mahu masuk Islam dan mengucapkan dua kalimah syahadah dan jin itu pun keluar dari tubuh pesakit.
Sebenarnya dialognya panjang lagi tapi ini yang mampu saya ingat. Mungkin sebab saya bukan dilahirkan sebagai penulis novel kot. Hehehe...(Ok serius)
Pesakit Sedar
Setelah selesai sesi rukyah, pesakit dikejutkan dan diminta mengucap dua kalimah syahadah. Alhamdulillah dari respon pesakit badan pesakit menjadi ringan dan dalam keadaan normal. Tiada lagi sakit di belikat, rasa berat di pinggang, sakit kepala dan sebagainya. Semua dengan izin Allah.Kemudian pesakit diberikan amalan selepas rawatan iaitu mandian ais limau setiap hari untuk dilakukan selama 21 hari diantara waktu Asar ke Maghrib serta beberapa amalan seperti Manzil, Ma'thurat,
Pesakit dan keluarga dinasihatkan istiqamah dengan amalan seperti zikir, mengaji Al-Quran setiap hari, doa benteng diri ( doa penggerak) dan amalan-amalan sunnah yang lain.
Kesimpulan
Jangan mudah berputusa-asa dalam kita berikhtiar. Pasti ada jalannya. Kita harus ingat, apa jua masalah, beban, keserabutan dan seumpamanya merupakan ujian Allah kepada hamba-hamba-Nya. Ia menunjukkan yang Allah sayang kepada kita dan ingin tingkatkan darjat hamba-hamba-Nya yang terpilih. Jangan pernah berputus harap kepada Allah.Sekian perkongsian saya pada kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat bersama. Insya Allah.
Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..
BalasPadamSaya mencari perawat disekitar kelantan, untuk rawatan secara dekat, kerana termakan makanan yang sudah dikenakan dengan ilmu guna-guna, setiap hari ada saja benda halus di hantar..
email nombor wasap pengamal perubatan : tubuhsatu@gmail.com
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, sila periksa email tuan.
BalasPadamAssalamualaikum mohon maaf sukacita dimaklumkan saya ingin meminta izin entry post tuan saya kongsikan di laman sosial saya..sebarang perbincangan tuan boleh menghubungi saya di email : racoon3301@gmail.com sekian terima kasih
BalasPadamWaa'laikumussalam. Dipersilakan tuan. Semoga memberi manfaat.
Padam