Kemurungan atau depresi adalah satu penyakit emosi yang menyebabkan seseorang merasa sedih yang berpanjangan, keletihan, tiada tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.
Bagi mereka yang dikenalpasti kemurungan, ia akan berlarutan selama 2 minggu berturut-turut.
Kemurungan boleh berlangsung berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya.
Sekiranya penyakit ini dikesan diperingkat awal, insyaAllah ia boleh dihindari dari menyerang ke tahap yang lebih kritikal.
Berikut saya kongsikan antara punca / penyebab kemurungan berlaku pada seseorang. Saya merujuk dari sumber artikel dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertajuk "Apa Itu Kemurungan ?".
Saya cuba ringkaskan agar anda mudah faham tentang punca / penyebab penyakit ini.
Baca juga : 10 Jalan Keluar Depresi
Punca / Penyebab Kemurungan
Punca 1 : Perubahan kimia seperti Serotonin (kawal mood, tidur, penghadaman, loya, penyembuhan luka, kesihatan tulang, pembekuan darah dan keinginan seksual) dan Neropinephine (membantu hantar isyarat saraf merentasi hujung saraf ke sel saraf, sel otot atau sel kelenjar lain).
Punca 2 : Baka keturunan yang diwarisinya. Seseorang yang memppunyai keluarga yang pernah menghadapinya.
Punca 3 : Persekitaran yang disebabkan peristiwa hidup yang menyedihkan dan kekurangan sokongan keluarga sosial.
Punca 4 : Ubat-ubatan yang dikonsumsi boleh menyebabkan kemurungan. Sesetengan ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walaubagaimanapun ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan.
Punca 5 : Penyakit-penyakit lain sebagai contoh gangguan kepada fungsi thyroid hypothyroidsm (kelenjar thyroid tidak menghasilkan hormon yang cukup) boleh menyebabkan kemurungan.
Punca 6 : Corak pemikiran juga boleh mencetuskan kemurungan seperti bagaimana persepsi kita fikirkan pada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya.
Punca 7 : Stress yang melampau sehingga tidak terkawal juga boleh mencetuskan episod kemurungan jika tidak dikawal dengan baik.
Punca 8 : Gaya hidup yang salah seperti penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak, menghidapi penyakit serius / tinggal dengan orang yang mengidap penyakit tersebut.
Punca 9 : Kehilangan orang tersayang sehingga menyebabkan emosi terlalu sedih dan pilu juga boleh mencetuskan episod kemurungan jika tidak dikawal dengan baik. Tidak redho atas pemergiaan orang tersayang.
Punca 10 : Baru melahirkan anak juga boleh menyebabkan kemurungan jika emosi tidak dipupuk dari peringkat awal tentang persediaan menerima anak yang dilahirkan.
Kesimpulan
Itulah 10 punca yang dikenalpasti berlakunya kemurungan ataupun depresi yang perlu anda tahu. Sekurang-kurangnya apabila kita tahu puncanya, maka mudah untuk diatasi dari peringkat awal sebelum penyakit kemurungan ini menjadi bertambah serius.
Penyakit ini tidak boleh dipandang remeh dan ia perlu ditangani sebaiknya demi kemaslahatan umah.
Semoga post ini memberi manfaat dan membuka minda anda tentang penyakit kemurungan ini.
Sekian. Jumpa lagi pada post yang lain. InsyaAllah.
Terima kasih.