Saka adalah singkatan daripada perkataan Pusaka. Ia di ambil dari bahasa Jawa yang bermaksud Warisan. Kebanyakan warisan saka menjurus kepada warisan sebelah ibu dan perkataan baka pula lebih kepada bapa.
Saka merangkumi kepada semua benda yang diwarisi termasuk harta pusaka, tanah pusaka dan sebagainya.
Dalam ilmu perawatan Islam, Saka tetap merujuk kepada sejenis makhluk halus jin syaitan yang dipelihara bagi tujuan memelihara diri, harta benda, tanah pusaka, keturunan dan sebagainya mengikut perjanjian asal yang seseorang telah persetujui antara manusia dan jin syaitan secara langsung atau tidak langsung.
Perjanjian ini boleh berlaku tanpa seseorang itu sedar atau tidak.
Saka ini akan diwarisi turun temurun oleh warisnya walaupun tanpa pengetahuan mereka. Ini kerana terdapat perhubungan darah dari keturunan mereka.
Dalilnya...
“Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia mengikut peredaran darah".
(HR. Al Bukhari (6219) dan Muslim (2175) dari hadits Shafiyyah Radhiyallahu ‘anha).
Jin mempunyai kelebihan untuk mengesan DNA seseorang melalui darah secara tepat. Hanya menggunakan kaedah menjilat dan membau sahaja mampu mengenal pasti keturunan tuannya.
Kesan Membiarkan Saka Berada Dalam Tubuh Badan
Antara ciri umum mengenal pasti punca saka melalui 2 keadaan :
1) Saka yang disedari - biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dan sebagainya), merasa yakin bahawa keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah lama meninggal dunia), membaca dan mengamal mentera-mentera tertentu, mewarisi kebolehan merawat (bomoh), bidan, silat, mengurut walaupun tanpa mempelajarinya ataupun lain-lain.
2) Saka yang TIDAK disedari - Tiba-tiba seseorang terkena penyakit ganjil, perubahan total pada sifatnya, personalitinya, perwatakannya yang jauh berbeza daripada normal. Saka ini boleh terkena kerana mereka pernah mendatangi perawat dukun/bomoh yang menggunakan bantuan jin syaitan ketika rawatan. Ada juga yang terkena gangguan saka tanpa disedari kerana jin saka yang berkeliaran bebas tercari-cari tuan baru untuk berdamping dan sebagainya.
Kesan saka kemungkinan tidak terlalu ketara risikonya kepada pewaris awal. Namun ia akan memberi kesan buruk yang tidak diingini pada generasi seterusnya. Semakin lama dibiarkan saka di tubuh, semakin teruk kesannya kepada anak cucu cicit kelak.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai perawat antara kesan yang biasanya terjadi kepada anak cucu ialah risiko bayi yang baru lahir kerap menangis. Bayi sukar berhenti menangis terutamanya 12 malam ke atas dan ia berlaku terlalu kerap. Sehingga penat sebagai ibu dan bapa menjaganya.
Dari sudut perubatan moden, mungkin bayi ini ada masalah “colic” tapi selalunya didapati bayi-bayi ini menangis sebab ada benda-benda halus di dalam badan mereka. Anak kecil atau bayi yang baru lahir tidak pandai bercakap atau mengadu dan hanya melalui tangisan sahajalah mereka dapat meluahkan perasaan mereka.
Sementelah orang dewasa pun merasa sakit sekiranya ada jin-jin dalam badan, inikan pula anak kecil yang baru jer lahir dapat menahan kesakitan apabila adanya jin dalam tubuh kecil itu. Sekiranya anak kecil itu tidak sakit mestilah dia tidak akan menangis kecuali bayi sedang lapar atau pampers perlu diganti.
Terdapat juga kes-kes suami isteri yang telah bertahun-tahun berkahwin tetapi sukar untuk mendapat anak. Mereka puas mencuba rawatan moden di hospital untuk berlakunya persemaian tetapi masih juga gagal.
Ada ramai juga kes-kes keguguran berlaku disebabkan oleh gangguan saka. Di dalam situasi demikian, besar kemungkinan jin-jin saka dalam badan isteri menggangu atau merosakan janin-janin di dalam rahim isteri. Oleh itu di sini saya ingin menjelaskan bahawa salah satu dari sebab mengapa sesetengah pasangan suami isteri sukar untuk mendapat zuriat adalah disebabkan gangguan saka.
Baca juga :
Tanda-Tanda Saka Tinggal Dalam Tubuh Badan Manusia
Di antara tanda-tanda yang selalunya dirasa oleh pesakit yang ada gangguan saka adalah seperti berikut :
- Sakit anggota badan : bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher, kepala, rahim, dan sebagainya.
- Gangguan emosi dan perasaan : “moody” atau terjadi perasaan marah atau perasaan sedih tanpa sebab.
- Gangguan pemikiran dan minda – fikiran rasa berserabut, “confused”, hilang keyakinan diri, “high anxiety”, susah nak fokus dan sebagainya.
- Gangguan tidur : selalu mengantuk atau sukar untuk lena tidur.
- Halusinasi atau gambaran-gambaran yang pelik-pelik dalam minda pesakit
- Sesak nafas atau mengah
- Letih badan dan tidak bermaya. Bahagian pinggang kebawah hingga ke kaki berasa lemah dan kadang kala berasa kebas.
- Nafsu selalu terangsang atau lemah tenaga batin.
- Gigi berlaga ketika tidur
- Bercakap, menangis, ketawa dan berjalan semasa tidur
- Kerap bermimpi menyusukan bayi.
- Kerap bermimpi dikelilingi kanak-kanak.
- Kerap bermimpi ada seseorang ingin memberi sesuatu didalam mimpi.
- Boleh mengubat belajar melalui mimpi@secara tiba-tiba tanpa disedari
- Mendakwa boleh melihat jin/makhluk halus.
- Banyak penyakit genetik/ketumbuhan ganjil pada badan.
- Sakit anggota badan/pengsan bila menziarahi orang yang meninggal dunia.
- Kerap bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia.
- Kerap bermimpi rumah lama/rumah pusaka.
- Panas baran.
- Nyanyuk ketika usia tua.
- Sering sakit lutut tanpa sebab klinikal.
- Boleh menelek sejarah/sifat seseorang.
- Boleh mengurut. Belajar melalui mimpi.
Sekiranya anda atau ahli keluarga anda mempunyai dari lebih 3 tanda-tanda yang disenaraikan di atas, sebaiknya bawalah berubat denga perawat yang mahir untuk membuang saka.
Baca juga : Kaedah Buang Saka Rawatan Islam
Kesan dan Akibat Daripada Saka
Kenapa Saka perlu diikhtiar buang sebaik mungkin ?
Berikut saya kongsikan kesan dan akibat daripada Saka.
Jika kesan yang saya kongsikan di atas ini dilalui oleh anda atau ahli keluarga anda, berikhtiarlah berubat dengan perawat Islam yang terdekat dengan rumah anda seberapa segera yang boleh.
Kesimpulan
Walaupun pada zahirnya memiliki saka seperti mempunyai kelebihan yang berbanding dengan orang lain, tetapi pada hakikatnya ia lebih mudarat berbanding manfaat. Islam mengharamkan penganutnya memiliki saka kerana pergantungan iman kita telah tersasar.
Allah telah mengingatkan kita dalam Surah Al-Jinn ayat 6 tentang jin akan merasa lebih sombong jika ada manusia yang bekerjasama dengan mereka.
Jangan ambil mudah tentang saka kerana banyak pesakit yang memilikinya mendapat mudarat yang sangat banyak dan yang paling ditakuti mengundang kemurkaan Allah Azza Wajalla.
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda untuk sama-sama kita ingat. InsyaAllah.
Sekian. Terima kasih.
Rujukan info :
1) Darul Nusrah 2012
2) Wikipedia
3) Darul Muallij
4) Kifarah Media