Bersedia Menjadi Perukyah ? 3 Risiko Ini Perlu Berani Hadapi



Rukyah adalah kaedah penyembuhan dengan cara membacakan sesuatu pada orang sakit ataupun disebut jampi dalam bahasa melayu.

Sebagai perukyah Islam ataupun perukyah syariah mempunyai risikonya yang tersendiri. Tahap keyakinan kepada Allah perlu mantap sekiranya anda ingin menjadi perukyah.

Bukan mudah ingin berhadapan dengan makhluk ghaib ini.

Musuh yang tak nampak ini boleh melakukan apa sahaja kepada diri seseorang perukyah dan juga ahli keluarga mereka.

Berdasarkan pengalaman saya sebagai perawat Islam, saya dapat lihat sendiri berapa ramai perukyah yang menarik diri dalam bidang rawatan rukyah syariah

Sebenarnya terdapat beberapa punca yang menyebabkan mereka menarik diri dalam bidang rawatan rukyah ini.

Berikut saya kongsikan 3 risiko utama sebagai perukyah syariah yang anda perlu fahami dan cara mengatasinya.


1) Fitnah

Mudah berlaku fitnah sekiranya perukyah tidak berhati-hati semasa merawat seseorang pesakit. Perawat perlu patuhi disiplin ilmu sebagai perukyah.

Walaupun dalam rawatan Islam tidak semestinya setiap kali rawatan rukyah perlu berlaku kesurupan ataupun kerasukan jin, namun perukyah perlu berhati-hati.

Kenal pasti terlebih dulu kesurupan yang berlaku disebabkan dari makhluk jin ataupun dari pesakit itu sendiri.

Tindakan perukyah perlu sentiasa berhati-hati. Ini momen yang sangat kritikal sebenarnya.

Sebab itulah sebelum melakukan rawatan perlu ikuti formula 3S sebagaimana yang telah saya terangkan pada artikel yang lepas - di sini !

Jika tidak berhati-hati ketika merawat, ia akan memberi kesan yang cukup besar pada orang disekeliling.

Perbetulkan niat sebelum merawat. Apa jua kaedah rawatan yang anda lakukan pastikan niat hanya kerana Allah.

Pertingkatkan amalan benteng diri dan amalan membaca 10 ayat awal atau 10 ayat akhir dari Surah Al-Kahfi setiap hari agar terhindar dari fitnah.


2) Serangan Dukun

Ini merupakan salah satu risiko yang perlu perukyah syariah hadapi kelak. Kebanyakannya berlaku apabila perukyah yang merawat pesakit terkena serangan sihir.

Kesombongan dukun yang menyihir pesakit menyebabkan mereka berdendam pula kepada perawat rukyah.

Sekiranya pesakit sihir dapat disembuhkan dari penyakit dengan izin Allah, tidak semena-mena fokus dukun boleh beralih kepada perawat rukyah pula.

Ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja perawat rukyah yang aktif. 

Dukun akan memerintahkan khadamnya untuk menyerang ahli keluarga perukyah pula.

Sebagai perawat rukyah perlulah berwaspada dan sentiasa perhatikan setiap perubahan yang berlaku pada ahli keluarga.

Rawati mereka secepatnya sejurus mengenal pasti ahli keluarga terutamanya anak dan isteri diserang sihir dari pak dukun.

Langkah berwaspada haruslah diambil selepas merawat seseorang pesakit sihir.

Kepergantungan kita haruslah sepenuhnya kepada Allah. Perbanyakkan mohon doa perlindungan kepada-Nya agar dipermudahkan setiap urusan rawatan.


3) Dendam Jin

Risiko yang terakhir yang perlu dihadapi sebagai perawat rukyah ialah dendam dari makhluk jin. 

Musuh utama syaitan dikalangan jin adalah apabila perawat mengganggu tempat tinggal mereka.

Kisah pengalaman saya memagar rumah menjadi asbab jin yang telah lama tinggal di suatu rumah menjadi marah dan menyerang anak dan isteri saya.

Anak saya tiba-tiba demam selang sehari rawatan memagar rumah dilakukan.

Kemudian besoknya pula isteri saya diserang sakit seluruh tubuh terutamanya dibahagian kiri badan.

Alhamdulillah serangan ini dapat ditentang dan anak dan isteri kembali sembuh.

Makhluk jin menjadi marah kerana tempat tinggal mereka selama ini telah diganggu dan apabila saya nyatakan baliklah ke rumah tu. Jin membalas mereka tidak boleh ke rumah itu lagi.

Antara punca lain menjadi dendam jin yang boleh berlaku ialah apabila merawat pesakit saka.

Saka yang bebas setelah ikhtiar diputuskan akan memberi implikasi kepada emosi jin saka dan keturunannya sendiri agar menyerang kembali perukyah.


Kesimpulan

3 risiko yang saya kongsikan di atas ini merupakan risiko yang bakal anda yang ingin berkecimpung dalam bidang pengubatan Islam rukyah syariah. Anda perlu meletakkan niat dan azam yang kuat untuk menentang jin dikalangan syaitan. Mereka sentiasa beriltizam untuk menyesatkan bani Adam yang beriman kepada Allah. Itulah sumpah Iblis agar menyesatkan seberapa ramai umat Nabi Adam ke dalam api neraka.

Sebagai perukyah, tugas ini tidak akan pernah selesai sehingga dunia khiamat kelak.

Tahniah kepada anda yang berani berdepan dengan jin syaitan serta bersedia membantu masyarakat yang memerlukan khidmat. Syabas.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Jumpa lagi. Sekian.

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama