Kenapa Perlu Memilih Rawatan Pengubatan Islam ?


Sejak penguatkuasaan akta 775 seorang perawat tidak dibenarkan merawat sekiranya tidak daftar sebagai pengamal di bawah PT&K (Perubatan Tradisional dan Komplementari). Bukan itu sahaja syarat lebih ketat dikenakan kepada pengalam pengubatan Islam khususnya supaya memiliki sekurang-kurangnya DKM (Diploma Kemahiran Malaysia) jika ingin menjadi pengamal pengubatan Islam yang sahih.

Bukan mudah para bomoh, para dukun, uskun dan sebagainya untuk menjalankan rawatan sekiranya tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Jangan pandang mudah bagi mereka yang masih berdegil ingin meneruskan rawatan seperti biasa sekiranya tiada pengesahan daripada pihak autoriti meluluskan kriteria yang telah ditetapkan.

Jika ada laporan dilakukan kepada pengamal rawatan tanpa kelulusan pihak berwajib maka Akta 775 memperuntukkan hukuman denda sebanyak RM30,000 atau penjara selama 2 tahun bagi kesalahan pertama kali. Sekiranya masih melakukan kesalahan kali kedua denda meningkat kepada RM50,000 atau 3 tahun penjara.

Bagi anda yang sedar betapa pentingnya memilih rawatan pengubatan Islam, maka saya ucapkan syabas kepada anda kerana dikurniakan kesedaran awal.

Berikut saya terangkan kenapa perlu memilih rawatan pengubatan Islam ?

  • Mematuhi syariat Islam

  • Pengamal telah diuji dengan rawatan mereka dan disahkan melalui temuduga dari para asatizah dan pengamal rawatan Islam yang dilantik khusus dari pihak KKM.

  • Pengamal pengubatan Islam perlu memperbaharui kelayakan secara tahunan dengan badan berwajib.

  • Selepas 29 Feb 2024 penguatkuasaan Akta 775 akan diperkukuhkan dan sedikit demi sedikit pengamal rawatan secara bathil/khurafat dan seumpamanya dapat dikurangkan dan seterusnya dibanteras kewujudannya di Malaysia ini.

  • Pengamal rawatan pengubatan Islam yang diiktiraf merupakan perawat yang profesional dan telah faham akan piawaian yang ditetapkan oleh pihak KKM.

  • Tiada lagi penipuan dari segi caj bayaran yang dikenakan sehingga pesakit tertipu dengan rawatan yang ditawarkan. Scammer rawatan dapat dibanteras secara optimum.

  • Rawatan pengubatan Islam yang mengikut SOP yang ketat dan tidak melanggar syariat Islam seperti menjaga ikhtilat antara lelaki dan wanita yang bukan mahram dan sebagainya.

Rasa Aman dan Selamat

Penguatkuasaan Akta 775 ini bakal memberi implikasi positif dalam bidang pengubatan Islam terutamanya. Dalam masa yang sama ia menaiktaraf bidang pengubatan Islam seperti rawatan ruqyah.

Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan tidak perlu gusar, takut dan tidak yakin dengan pengubatan Islam kerana wujudkan kawalan dari pihak berwajib.

Jika sebelum ini kita sering terbaca, terdengar tentang pesakit sifulan kena tipu berpuluh ribu ringgit hanya untuk rawatan membuang saka dan pelbagai lagi kisah yang memilukan.

Ini sedikit sebanyak memberi pandangan negatif masyarakat terhadap rawatan Islam walhal ia berpunca dari segelintir pengamal rawatan yang bathil memburukkan imej semua rawatan Islam.

Rasa aman dan selamat bagi pesakit yang masih percaya kepada pengubatan Islam dengan wujudkan Akta 775 ini.


Kesimpulan

Kesan yang positif dapat dirasai oleh pengamal rawatan pengubatan Islam yang selama ini yakin rawatan mereka lakukan menepati Al-Quran dan Sunnah. Penguatkuasaan Akta 775 ini memberi impak maksima kepada perubahan sejarah rawatan melayu yang tidak menepati syariat Islam.

Akhirnya memberi keyakinan masyarakat Malaysia amnya dan orang Islam khususnya bahawa rawatan pengubatan Islam merupakan salah satu rawatan kontemporari yang boleh menyembuhkan penyakit.

Semoga pesakit yang memerlukan rawatan melalui pengubatan Islam mendapat kesembuhan yang baik dengan izin Allah. Sesungguhnya kita hanya perlu berikhtiar dan soal kesembuhkan kita serahkan kepada Allah.

Saya harap dapat berjumpa anda lagi pada artikel blog yang seterusnya. Sekian. Terima kasih.

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama