3 Sebab Manusia Guna Sihir

Secanggih mana teknologi yang wujud zaman sekarang ni seperti teknologi Ai (Artificial Intelligence) dan sebagainya tetap juga manusia memilih jalan khurafat seperti sihir untuk memuaskan nafsu mereka.

Malahan manusia semakin hilang pedoman dan semakin jauh hubungan dengan Allah hanya kerana memenuhi kepuasan diri sendiri. Mereka sanggup melakukan perkara-perkara syirik yang mengundang murka Allah Subhanawata'ala.

Tular seorang pemuda yang mengunjungi Port Dickson semalam menjumpai buhul sihir di tepi pantai.

Buhul berbentuk seperti 2 botol yang dililit penuh dengan benang hitam seperti mana gambar di bawah ni.


Pemuda ini sendiri yang berkongsi pengalaman beliau ini di FB Group bernama B40 Buat Perangai Apa Harini. Anda boleh search di Facebook anda untuk cari sendiri perkongsian beliau.

Pemuda ini penasaran dan telah memberanikan diri membuka salah satu ikatan pada salah satu botol dan ternyata ia adalah salah satu medium sihir yang digunakan oleh bomoh. 


Gambar di atas merupakan salah satu kaedah sihir bagi tujuan melampias perasaan dendam oleh penyihir kepada mangsa. Penggunaan botol sebagai pemberat agar sihir ini terikat pada mangsa yang disasarkan sebagai asbab ikatan sihir menjadi kuat. Namun itu hanya berlaku dengan izin Allah.

Apabila membaca komen-komen di Group tu ternyata pengguna Facebook yang lain turut berkongsi pernah menjumpai buhul sihir seumpama ini di pantai-pantai rupanya.

Ini bermakna amalan sihir masih menjadi pilihan dihati pada penyihir bagi melepaskan nafsu amarah mereka.

Nampaknya masih belum selesai lagi tugas sebagai perawat Islam bagi menyedarkan masyarakat agar menjauhi perkara-perkara bathil seperti amalan sihir ini.

Sihir tidak menyerang orang tertentu sahaja. Sesiapa pun boleh menjadi mangsa sihir bahkan kisah artis yang bertahun-tahun menghadapi sihir seperti mana laporan Harian Metro yang telah disiarkan pada 9 Julai 2023 @ 12.30pm.

Buat pengetahuan anda salah satu sebab kenapa saya masih bertahan sebagai perawat pengubatan Islam sehingga kini adalah kerana perkara khurafat seperti inilah yang menguatkan saya. Usaha menyedarkan masyarat tentang amalan khurafat perlu diteruskan dan ia menjadi satu perjuangan saya sehingga kini insya-Allah.

Setiap yang berlaku pasti mempunyai puncanya yang tersendiri. Antara sebab yang menjadikan manusia masih mengamalkan sihir adalah seperti berikut.


3 Sebab Manusia Guna Sihir

Pensyarah Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan Semasa, Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim telah berkongsi 3 sebab kenapa manusia menggunakan sihir. Saya cuba terangkan mengikut pemahaman dan pengalaman saya sendiri.


1) Tidak Memperbaiki Penyakit Hati

Perasaan hasad dengki, dendam, marah dan lain-lain penyakit hati tidak diperbaiki dari hari ke hari. Allah SWT sebut dalam Al-Quran iaitu, dalam mereka ini ada penyakit dan tidak diubati penyakit-penyakit itu sehingga mendatangkan kemudaratan yang besar pada diri mereka dan menyebabkan mereka membuat perkara-perkara mungkar seperti syirik dan sebagainya.

Jika melayan emosi semata-mata maka susahlah hidup seseorang itu sehingga menyebabkan hati bertambah sakit. Hati sangat penting untuk dipelihara. Melazimkan amalan zikir boleh menjadikan hati sentiasa bersih dan tenang.


2) Tidak Percaya Kepada Qada dan Qadar

Mereka tidak percaya kepada Qada dan Qadar. Bila tak percaya, itu yang menyebabkan jadi dengki, nak marah pada orang, tak puas hati dan seumpamanya. Kita sebagai orang Islam WAJIB mempercayai / mengimani bahawa setiap rezeki, jodoh, ajal dan maut berada dalam genggaman / ketentuan Allah. Setiap yang berlaku dalam hidup setiap makhluk ciptaan-Nya adalah dalam perancangan Allah.

Mengimami qada dan qadar adalah salah satu rukun dalam ajaran agama Islam kerana apabila hilangannya kepercayaan ini maka cacatlah hubungan makhluk dengan Allah.


3) Jahil Tentang Halal dan Haram

Mereka jahil tentang halal dan haram hingga memilih kepada syirik. Penting bagi para lelaki dikalangan ayah, suami, ketua masyarakat dan seumpamanya mendidik ahli di bawah tanggungannya mengenal syariat Islam, tahu hukum hakam agar mereka tidak tersasar.


Kesimpulan

Amalan sihir lebih cenderung kepada perkara negatif. Sihir mampu memecah belah masyarakat dan menghancurkan sesebuah negara jika tidak dikawal kelak. Kesedaran masyarakat tentang bahayanya sihir sangat penting terutamanya dapat mengenali tanda-tanda gangguan sihir supaya boleh melakukan tindakan awal untuk dirawat.

Apa-apa pun jauhilah sihir !

Saya berharap perkongsian 3 sebab manusia guna sihir ini menjadi asbab agar masyarakat terus mencari jalan untuk mendalami agama Islam. Mari kita sama-sama pertingkatkan amalan benteng diri secara istiqamah sebagai ikhtiar paling ampuh supaya Allah melindungi diri dan keluarga dari serangan sihir.

Semoga perkongsian artikel blog ini memberi manfaat kepada anda. Sekian. Terima kasih..

Jangan lupa kongsikan post ini sekiranya bermanfaat kepada keluarga dan rakan anda !


Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama