Pesakit Strok Separuh Badan Sembuh Dengan Izin Allah


Ceritanya macam ni...


Dapat wasap dari pesakit untuk temujanji. Seperti biasa, selepas persetujuan tarikh dan masa antara kedua belah pihak maka urusan rawatan pun diteruskan.


Biasanya saya akan tanya dulu untuk nama dan tinggal di mana. Lepas tu saya akan tanya apa sakit yang ingin dirawati.


Dari maklumat awal, pesakit ini adalah ayah kepada insan yang  berurusan dengan saya ni. Pesakit ini mengalami lumpuh dan juga penyakit kanser prostat. "Allahu'...dalam hati saya. Rasa beratnya musibah yang ditanggung oleh pesakit dan keluarga ini.


Dalam kepala saya dah rancang untuk buat kaedah rawatan apa yang sesuai. Maka rawatan pun dilakukan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Cuma temujanji rawatan kali ni saya perlu berada di rumah pesakit berbanding di tempat rawatan saya.


Rawatan Lumpuh dan Kanser Prostat

Rumah pesakit yang saya rawat berada di Bandar Mahkota Banting. Jarak dari rumah saya takdelah jauh sangat. Jadi setelah semua dipersetujui maka saya pun ke rumah pesakit.


Permulaan rawatan mesti perlu lalui soal jawab untuk tujuan analisa pesakit. Pesakit perlu mengisi borang rawatan untuk rekod.


Hasil dari analisa didapati pesakit ini lebih berpunca dari gangguan. Cuma apa ...wallahua'lam.


Selepas merekod bacaan BP, suhu badan dan berkaitan fizikal maka sesi rawatan rukyah dimulakan. Pada asalnya perancangan saya untuk melakukan rawatan urutan terapi, tetapi setelah analisa dilakukan saya ikhtiar dengan rawatan rukyah terlebih dulu.


Setelah memulakan sesi rukyah tidak berapa lama kemudian, pesakit kerasukan.


Tiba-tiba suasana di rumah menjadi terkejut oleh ahli keluarga pesakit.


Bacaan rukyah diteruskan sehinggalah jin yang berada dalam badan pesakit merasa terlalu sakit maka saya pun mula arahkan jin tu keluar dari tubuh badan.


Point yang jin duduk di badan pesakit adalah di pinggang dan juga kedua-dua kaki.


Dalam sesi dialog tu jin tu kepanasan dan menunjukkan tanda tidak tahan berada di badan setelah ayat azab Al-Quran.


Setelah diugut maka jin pun keluar di bahagian pinggang. Saya sahkan benarkah jin telah keluar setelah melihat pesakit daripada tak boleh duduk tegak 90 darjah selepas rukyah pesakit boleh duduk tegak.


Dalam kepala saya memikirkan mungkin inilah punca kenapa pesakit lumpuh. 


Sesi rukyah diteruskan tetapi kali ni saya guna kaedah urutan sambil rukyah di bahagian kaki terutama dari bahagian lutut ke bawah.


Dalam masa saya urut dan rukyah, pesakit kerasukan lagi dan kali ni lebih ganas. Jin mengatakan tidak mahu tinggalkan badan ini.


Saya istiqamah melakukan urutan dan rukyah dengan ayat-ayat azab, alhamdulillah akhirnya jin tinggalkan juga badan pesakit.


Setelah selesai semua sesi rawatan dan buat pemeriksaan fizikal pada pesakit, pesakit menunjukkan kesan positif. Pesakit boleh melipat kedua-dua kaki secara normal. Alhamdulillah.


Pesakit berasa lega, badan terasa ringan dan kaki lebih ringan.


Amalan Pesakit

Seperti biasa kami sebagai perawat pengubatan Islam di Darul Muallij sentiasa memberi nasihat dan amalan selepas rawatan iaitu mandian ais limau. Amalan muktabar yang lain juga disyorkan untuk amalan seperti manzil setiap selesai solat fardhu atau sekurang-kurangnya  3 kali sehari (pagi, petang dan malam.


Rawatan susulan hanya diteruskan sekiranya pesakit masih tidak sembuh setelah mandian ais limau 7, 14 atau 21 hari.


Alhamdulillah...maklumbalas dari pesakit menunjukkan kesan positif. Pergerakan pesakit semakin baik dan sembuh dengan izin Allaah.


Sekian dulu perkongsian saya untuk post kali ini. InsyaAllaah kalau berkelapangan masa, saya akan kongsikan lagi pengalaman sebagai perawat dalam merawati pesakit.


Semoga bermanfaat. Sekian. Terima kasih. Jumpa lagi.

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama