Tak tertulis untuk saya kongsikan di sini. Mungkin dah sampai masa untuk saya terus berkongsi.
Tetapi kali ini saya ingin berkongsi tentang kisah salah seorang pesakit yang menghadapi masalah kaki keras seperti kayu. Rasa seperti kaki mempunyai besi panjang yang diikat berdasarkan apa yang disampaikan pesakit. Itulah simbolik yang luaskan pesakit.
Pesakit tidak mampu menunggang motosikal, memandu kereta, solat sempurna (guna kerusi) dan macam-macam pergerakan. Ia cukup terbatas.
Berumur lebih 70 an. Walaupun agak berusia, tubuh badan pesakit masih dalam keadaan sihat. Masih sihat dari segi penyakit hospital seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
Buat pengetahuan anda penderitaan pesakit ini telah dialami sejak March 2024 sehingga kini May 2025. Lebih kurang setahun dua bulan. Agak lama sebenarnya.
Pelbagai ikhtiar telah pakcik ini cuba. Namun tidak membuahkan hasil.
Analisa Pesakit
Berdasarkan borang analisa pesakit hasil dari temubual dengannya mendapati seperti wujud simptom sihir. Wallahu'lam
Antara simptom yang berlaku :
1) Setiap Asar kedua-dua belah kakinya akan sakit yang teramat sangat.
2) Kurang selera makan. Susut badan pakcik tu komen isterinya.
3) Mimpi seseorang meletakkan besi dikedua-dua kakinya.
4) Suka marah terutamanya kepada isterinya.
5) Kerap terkentut terutama ingin mula mengaji dan menunaikan solat. Dah lama tidak ke masjid sebab kaki seperti robot.
6) Mudah rasa mengantuk terutama ketika ingin mula mengaji.
Rawatan - Kombinasi Urutan + Rukyah
Sejurus proses analisa telah selesai, maka proses terapi pun dimulakan.
Pentingnya analisa ini bagi membantu kaedah rawatan yang sesuai untuk pesakit. Inilah disiplin yang ditekankan oleh Pusat Terapi Darul Muallij kepada perawat-perawatnya.
Kaedah Pertama - Rukyah Al-Quran dilakukan kepada pesakit. Ketika rukyah dibaca respon badan pesakit bergetar seluruh badan. Respon ketara ialah pada kaki pesakit. Bergoyang-goyang ke hadapan ke belakang.
Selepas rukyah pesakit masih berasa berdebar dan berasa nafas tidak lancar.
Rukyah diteruskan dengan ayat pembatalan sihir berulang dan ayat azab sambil memberitahu kepada jin agar keluar dari tubuh.
Selepas sesi rukyah pesakit berasa sakit pada kaki telah berkurang tetapi pesakit masih terasa tidak selesa.
Seterusnya Ikrar Pemutus dilakukan.
Kaedah Kedua - Rasa tidak selesa pesakit tadi diteruskan dengan menggunakan kaedah urutan dan rukyah. Kali ini saya melakukan serangan dengan kaedah accupressure sambil rukyah di lokasi yang jin suka tinggal.
Antara point ataupun sarang jin yang terletak pada kaki pesakit ini terletak di pangkal peha. Selepas kenalpasti markas jin terpaksa menggunakan kaedah ugutan kepada jin sambil rukyah dengan ayat azab.
Kaedah tarik buang juga dilakukan untuk mengeluarkan jin dengan izin Allah.
Alhamdulillah, semakin lama sakit kaki yang dialami pesakit ini semakin hilang. Pergerakan kaki pesakit lebih baik daripada sebelum rawatan dilakukan.
Daripada lutut tidak boleh bengkok tegak kaku, sekarang dah boleh bengkok. Saya cuba membuat ujian dibahagian pinggang, alhamdulillah hasil ujian pesakit mampu melakukan nya.
Kemudian saya meminta pesakit cuba membuat kayuhan basikal sambil berbaring dan alhamdulillah pesakit mampu lakukan.
Selesai rawatan pesakit diberikan amalan selepas rawatan dengan mandian ais limau berbekalkan air rukyah untuk diamalkan selama 3 hari berturut-turut.
Saya dapat lihat wajah pesakit nampak ceria dan gembira kerana boleh berjalan seperti biasa. Pesakit terasa agak lama sangat tak ke masjid disebabkan masalah kakinya dan pesakut rasa bersemangat untuk ke masjid. MasyaAllah Tabarakallah.
Tiada apa yang mampu saya ungkapkan perasaan bersyukur saya kepada Ilahi kerana mengizinkan doa pakcik bersama ahli keluarga nya agar pakcik ini sembuh seperti sedia kala.
Semoga pakcik ini terus sihat dan terus beramal dengan amalan soleh agar menjadi hamba-Nya yang bertaqwa. Aaminn Ya Rambal A'laminnn 🤲