Syarat Asas Sebagai Perawat Rawatan Islam...Perlu Kuasai

 

... anda perlulah mempunyai ilmu pengetahuan tentang beberapa cabang ilmu seperti berikut:"


Assalamualaikum para pembaca blog ini. Hari ini saya ingin berkongsi kepada salah satu persoalan yang bermain di kepala anda yang ingn menjadi perawat Islam.

Artikel ini saya ceduk dari Ebook 40 Soal Jawab Pengubatan Islam yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK). Anda boleh terus download DI SINI !

Saya pilih salah satu soalan yang mungkin bermain di minda anda yang ingin menjadi perawat Islam. Berikut adalah soalannya.

Soalan ke 18 : Saya berhasrat untuk menjadi seorang perawat pengubatan Islam. Jadi, apakah ilmu-ilmu yang perlu saya pelajari dan fahami untuk menjadi pengamal pengubatan Islam?

Perkara yang paling penting ialah meneguhkan iman, belajar daripada guru yang mu’tabar untuk membentuk sifat taqwa dan ikhlas kerana dunia perubatan banyak dugaan dan ujian-ujian yang halus. 

Selain itu, seseorang yang ingin menjadi pengamal pengubatan Islam sewajarnya mempunyai ilmu pengetahuan tentang beberapa cabang ilmu seperti berikut :


Jawapan:

Perkara yang paling penting ialah meneguhkan iman, belajar daripada guru yang mu’tabar untuk membentuk sifat taqwa dan ikhlas kerana dunia perubatan banyak dugaan dan ujian-ujian yang halus. Selain itu, seseorang yang ingin menjadi pengamal pengubatan Islam sewajarnya mempunyai ilmu pengetahuan tentang beberapa cabang ilmu seperti berikut:


 i. Memahami ilmu Islam secara umum

Perawat pengubatan Islam sewajarnya memahami ilmu-ilmu Islam secara meluas dan mendalam. Hal ini untuk memastikan perawat dapat melaksanakan proses rawatan dengan baik berpandukan ilmu yang dimilikinya. Namun begitu, jika perawat bukan merupakan seorang yang luas pengetahuannya dalam ilmu Islam, perawat mestilah sekurang-kurangnya memahami asas ilmu Islam dan mempunyai ilmu berkaitan amalan pengubatan yang dipraktikkan. Hakikat ini berasas kepada:


 i. Kisah Abu Sa’id al-Khudri tentang orang yang membaca ruqyah kepada orang yang disengat dengan katanya:

Kami tidak pula mengetahui bahawa dia tahu apa-apa tentang ruqyah”. (bagi pendapat yang mengatakan bahawa menjampi bukan Abu Sa’id tetapi orang lain)


 ii. Taqrir (perakuan) Rasulullah SAW terhadap sahabat yang bertanya kepada baginda SAW tentang pengubatan. Sahabat yang bertanya tersebut bukan dalam kalangan para sahabat yang meluas ilmunya, sedangkan Rasulullah SAW tidak menegah sahabat tersebut daripada melakukan pengubatan:

Terjemahan: Rasulullah SAW telah melarang jampi-menjampi. Maka datanglah keluarga Amr Ibn Hazm menemui Rasulullah SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah SAW di sisi kami mempunyai jampi yang boleh menjampi sengatan kala jengking, sedangkan engkau melarang kami daripada menjampi.” Lalu mereka membacakan jampi tersebut kepada Nabi SAW (bagi mendapat kepastian). Maka sabda Nabi SAW;

“Aku lihat ia tidak mengapa. Sesiapa antara kalian yang mampu untuk membantu saudaranya, maka hendaklah dia melakukannya"

Dari sudut membaca ruqyah, perawat mestilah membacanya dengan fasih dan jelas,serta difahami maknanya. Ruqyah adalah menggunakan ayat-ayat al-Quran, Hadis dan jampi yang difahami maksud dan tidak bertentangan dengan syariat dan aqidah. Ruqyah juga mestilah dilafaz secara sarih agar tidak menimbulkan kekeliruan dan fitnah.


 ii. Memahami ilmu pengubatan Islam

Seseorang perawat pengubatan Islam mestilah menuntut ilmu dan bersungguh-sungguh memahami ilmu pengubatan Islam. Ciri ini merupakan salah satu faktor untuk memperkuat rasa iman dalam hati dan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dengan ilmu tersebut juga, seseorang perawat akan dapat membezakan antara hak dengan batil, hal yang bermanfaat dan hal yang memudaratkan.

Apabila perawat tidak memiliki dan memandang remeh akan ilmu pengubatan Islam maka dibimbangi perawat tersebut akan berasa ego dengan caranya memperoleh ilmu tanpa mempelajari ilmu tersebut daripada sumber yang sahih dan daripada guru yang muktabar. Ibnu Al-Jauzi rahimahullah berkata :

“Hal yang paling utama adalah berbekal dengan ilmu pengetahuan. Sesiapa yang meremehkannya, sesuai dengan yang diketahuinya, lalu dia menganggap ilmunya sudah cukup, maka dia akan menjadi seorang yang keras kepala. Sikap pengagungan terhadap dirinya sendirilah yang akan menghalangi masuknya manfaat ilmunya dan muhasabahlah yang akan menjelaskan kesalahannya.”


iii. Memahami ilmu tentang makhluk halus

Pengetahuan yang mendalam tentang makhluk halus boleh diperoleh menerusi pembacaan, pemerhatian, pengkajian, perawatan dan perbincangan dalam kalangan perawat yang berpengalaman. Seseorang perawat mestilah memahami hakikat makhluk halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.


Tambahan pula, darjat manusia adalah lebih mulia berbanding makhluk-makhluk tersebut kerana Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah.

Namun begitu, pengetahuan perawat berkaitan dengan makhluk halus adalah terhad. Justeru, perawat pengubatan Islam tidak boleh mengisytiharkan dirinya kasyaf, dapat mengetahui dan melihat perkara-perkara ghaib.

Hal ini bermaksud perawat tidak boleh membuat dakwaan kepada orang awam tentang kebolehannya yang bersifat kasyaf (mengaku mampu mengetahui dan melihat perkara ghaib) kerana kebolehan ini hanya diberikan oleh Allah kepada orang-orang tertentu yang memiliki makam yang tinggi seperti para wali atau yang memiliki keramat, seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. 


iv. Memahami ilmu yang menghalang kesembuhan penyakit

Perawat mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang menghalang kesembuhan penyakit. Malah, perawat mestilah memahami kaedah yang betul agar pesakit diberikan kesembuhan. Selain itu, perawat mestilah mengetahui sebab-sebab pesakit tidak sembuh atau lambat sembuh agar langkah tertentu dapat diambil.

Seseorang perawat mestilah mengetahui perkara yang menghalang usaha merawat seperti tempat kediaman pesakit yang dipenuhi gambar-gambar lukisan manusia, patung-patung dan sebagainya.

Perawat pengubatan Islam mestilah memberi penjelasan dan pemahaman kepada pesakit agar membuang patung-patung dan lukisan-lukisan di kediamannya yang akan menyebabkan kediamannya itu dihuni oleh syaitan.22 Malah, hal itu menjadi sebab malaikat rahmat tidak menjejak di kediaman tersebut.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Talhah:

Tidak akan dimasuki oleh malaikat (pembawa rahmat) rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan patung-patung

Begitu juga jika seseorang pesakit datang untuk mendapatkan rawatan dalam keadaan memakai tangkal atau azimat pada tangan, leher, pinggang dan sebagainya maka hendaklah disuruh membuang tangkal atau azimat tersebut terlebih dahulu.


Kesimpulan

Terdapat pelbagai persoalan yang ada dalam Ebook yang saya maksudkan pada perenggan pertama di atas. Semoga anda bersedia untuk menjadi perawat Islam yang benar-benar tepat  mengikut syariat Islam. InsyaaAllah.

Sekian. Wassalam

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama