Capal Nabi vs Capal Mereka


Assalamualaikum para sabahat pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi menjengah blog sederhana saya ini. Walaupun fokus saya kepada merawat berkonsepkan rawatan Islam, kadang-kala ingin juga berkongsi satu isu yang sering bermain-main di minda saya berkenaan capal Nabi.


Ada golongan penganut Islam terutamanya Ahli Sunnah Wal Jamaah masih keliru tentang apa yang lebih utama dalam kita beragama. Kita tidak meniru keimanan agama lain terutamanya musuh Islam.


Baginda Nabi Muhammad Shollallahua'laihiwasallam telah bersabda : 


«لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ، شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ، حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ» قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى؟ قَالَ: «فَمَنْ»


Maksudnya: “Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nashrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?” - Riwayat Muslim (2669)


Saya bukan ingin bahas panjang  berkenaan hadith ini, tetapi untuk rujukan paling tepat boleh rujuk di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan atau mana-mana pakar hadith yang masyur masa kini.


Islam menganjurkan berserdehana dalam setiap aspek kehidupan. Dalam kontek amalan juga termasuk dalam kesederdehaan yang dianjurkan dalam Islam. Usah dilihat terlalu ektrem sehingga tahap melampaui batas.


Capal Nabi vs Capal Mereka


Saya rasa sesuatu yang menarik hati saya untuk kongsikan kepada pembaca budimana sekalian tentang apa yang dikongsikan oleh Ustaz Luqmanilhakim Hussain tentang tajuk di atas ini.


Saya perolehi maklumat ini dari Group Telegram Dr Zaharuddin Abdul Rahman dan berikut adalah ayatnya...


CAPAL NABI SAW mempunyai dua tali, sebagaimana sahih dalam periwayatan. Dengan dua tali sebagai penyangkut, capal lekat di kaki.


Tetapi LOGO CAPAL mereka tidak bertali. Kenapa diabaikan ciri penting capal baginda? Capal tanpa tali bukanlah capal yang sempurna. Capal tanpa tali adalah lambang capal yang cacat, capal yang rosak, capal yang tidak boleh diguna.


CAPAL Nabi SAW adalah berpasangan, baginda menyarungkan sepasang capal kanan dan kiri. Baginda melarang bercapal sebelah kaki. Sabda baginda, "Janganlah salah seorang kamu memakai capal sebelah".


Tetapi LOGO CAPAL mereka hanya sebelah, entah kanan entah kiri. Capal sebelah lebih padan untuk yang kudung dan cacat. Atau capal sebelah adalah lambang  menyalahi sunnah dengan berselipar sebelah kaki?


Maha suci Allah yang menciptakan dua kaki yang sempurna untuk RasulNya, dan memakaikan sepasang capal yang lengkap untuk baginda.


CAPAL Nabi SAW disarungkan di kaki, kerana itulah tempat wajar untuk capal. Cincin di jari, serban di kepala, celak di mata, siwak di mulut, dan capal di kaki. Setiap pakaian ada anggotanya, dan setiap peralatan ada tempatnya.


Tetapi LOGO CAPAL mereka dipasang pada kopiah, pada topi, pada mihrab, pada keranda dan pada batu nesan. Semua itu bukan tempatnya untuk capal. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya adalah zalim namanya. Ingatkah kita pada watak Din Beramboi yang sering menggantung capal di lengannya? itu tidak siuman namanya.


Dengan bandingan antara CAPAL Nabi SAW, dan LOGO CAPAL MEREKA, ternyata yang berlawanan lebih banyak daripada yang bersamaan. Yang menyalahi lebih nyata daripada yang menepati.


Alangkah ajaibnya, yang bersungguh memperjuangkan lakaran capal, tidak kelihatan pula berselipar dengan capal bentuk demikian.


Jika mereka ikhlas percaya akan bentuk lakaran itu, dan percaya bahawa bercapalan dengan bentuk itu adalah lambang cinta Rasul, mengapa hanya berlogo di kopiah, di topi, di mihrab, di keranda, dan di nesan?  Semua itu tidak pernah dibuat oleh umat Islam terdahulu. Mengapa hanya mengagungkan lakaran capal, bukan mengagungkan sunnah dalam bercapalan?


Ustaz Luqmanulhakim Hussain


Kesimpulan

Cuba kita fikirkan maksud yang disampaikan dalam mesej di atas untuk sama-sama kita hadam. Sekiranya kita benar-benar sayang dan cintakan Rasulullah, agungkan terlebih dahulu sunnah Rasulullah. Terdapat banyak amalan sunnah yang Rasulullah telah tinggalkan untuk kita beramal. Walaupun perkara ini nampak ringkas iaitu tunjukkan rasa sayang kepada Rasulullah dengan mengagungkan capal Nabi, kesannya pasti akan berlaku kepada keimanan kita pada klimaknya nanti.


Sampai di sini dahulu perkongsian saya pada post kali ini. Semoga kita menjadi umat Nabi Muhammad yang benar-benar mengikut setiap ajaran baginda pada jalan hak, bukan kepada jalan yang bathil.


Sekian. Wasallam. 

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama