Assalamualaikum wahai pembaca budiman. Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini. Saya berharap setiap perkongsian saya memberi manfaat kepada anda yer.
Apabila secara sepintas lalu terdengar perkataan "Ain" ia mesti berkaitan organ mata. Bagi pandangan orang awam, mata mungkin nampak biasa jer. Ia hanya berfungsi untuk melihat panaroma keindahan alam ciptaan Allah.
Ia juga akan menjadi luar biasa seandainya nikmat mata ditarik secara tiba-tiba. Kemungkinan besar pada masa itu barulah kita nampak luar biasa. Baru faham betapa nikmatnya anugerah mata yang Allah kurniakan kepada makhluk yang bernama manusia.
Maka benarlah orang berkata dari mata turun ke hati. Pandangan mata yang ditafsirkan oleh organ otak akan terus turun ke hati. Kesan yang berlaku pada hati cukup besar dan menambat apa jua yang kita pandang.
Sekiranya nikmat mata digunakan dengan cara mensyukuri segala nikmat Allah dengan mengikut perintah Allah, semestinya akan Allah tambah nikmat-Nya yang lain.
Andai kata kita mengkufuri nikmat mata seperti melihat sesuatu yang lagha, melihat maksiat dan lain-lain yang dilarang Allah cukup memberi kesan yang besar pada hati.
Hati akan menjadi malap dan bertambah gelap sekiranya tidak disusuri dengan amalan taubat serta melakukan amalan-amalan pembersihan hati seperti zikir, selawat serta apa jua amalan soleh.
Baca juga : Benarkah Penyakit Al-Ain Mendahului Takdir ?
Pengalaman Merawat Pesakit Ain
Kisah saya merawat pesakit ain ini saya kongsikan kepada anda untuk anda berfikir. Pengalaman ini saya abadikan dalam blog ini untuk tatapan anda.
Saya terpaksa bahagikan kepada 2 bahagian agar anda tidak bosan membaca penulisan panjang-panjang.
Begini kisahnya...
Seorang ayah kepada pesakit menghubungi saya untuk merawat anak lelakinya yang sedang sakit. Umur pesakit hampir 20-an. Sakit yang dialami telah lama. Ia terjadi sejak anaknya mula belajar disuatu kolej di Kuala Lumpur.
Pelbagai ikhtiar telah dilakukan seperti rawatan kontemporari seperti rawatan Islam dan lain-lain.
Puas ayahnya berubat ketika permulaan anaknya terkena penyakit ini sehinggalah ayahnya membawa anaknya berjumpa pakar psikiatri. Akhirnya anaknya didiagnosis oleh doktor pakar psikiatri sebagai pesakit anxiety disorder.
Ketika mana saya mula merawat pesakit ini, pesakit ini sedang dalam proses susulan oleh doktor pakar sehingga perlu komsumsi beberapa jenis ubat secara jadual.
Setelah hampir setahun sembuh dari penyakit ini, tiba-tiba penyakit yang lama datang kembali. Maka ditakdirkan Allah untuk saya merawat anak remaja lelaki ini.
Mengikut maklumat dari ayah pesakit simptom penyakit yang dialami oleh anaknya ini sama seperti berlaku sebelum pesakit sembuh sementara seperti kerap mandi, berbogel setelah mandi, suka bersendiri, bercakap seorang diri, merapu tentang alam ghaib dan yang paling merisaukan pernah beberapa kali pesakit cuba terjun bangunan tingkat 6 rumah flat untuk bunuh diri. Mujurlah ketika itu ibu kepada anak ini perasan dan menahannya dari terjun.
Kemudian sesi rawatan pun bermula...
Hari Pertama Merawat
Dari analisa awal yang saya lakukan kemungkinan pesakit ini berpunca dari amalan yang menyalahi syariat agama disebabkan berguru dengan guru yang sesat. Itu adalah sangkaan awal saya.
Bagi merungkai punca masalah ini maka sesi rukyah pun dimulakan. Pesakit merapu dengan bercerita tentang hal-hal ghaib. Dari mesej yang disampaikan seperti ada suatu makhluk yang mengajak pesakit menjadi seorang yang baik.
Makhluk itu mengajak pesakit berhijrah menjadi baik. Pesakit menyebut dulu dia seorang yang jahat dan sekarang telah menjadi baik. Lebih kurang macam tulah mesejnya setakat yang saya masih ingat.
Selesai sesi rukyah pesakit lebih tenang dan kembali menjadi personaliti dia sendiri. Pesakit duduk diam dan sambil itu saya terbiah pesakit, memberi nasihat yang terbaik kepadanya. Mengingatkan tentang suruhan asas yang Allah perintahkan seperti solat fardhu 5 waktu, puasa dan lain-lain.
Alhamdulillah pesakit kembali tenang. Pesakit diberikan amalan mandian ais limau selama 21 hari untuk rawatan susulan selepas sesi rukyah tadi.
Hari Kedua Merawat
Saya ingatkan sangkaan saya benar tentang punca penyakit pesakit ini disebabkan amalan yang salah. Rupanya sehari selepas saya merawat pesakit ini ayah pesakit menghubungi saya mengkhabarkan keadaan anaknya masih diserang penyakit yang sama. Kembali merapu, berbogel, kerap mandi dan sebagainya.
Dalam hati saya berkata " ...ah sudah, apa pulak puncanya ni". Mungkin saya perlu analisa lebih dalam lagi kali ni.
Sampai sahaja di rumah pesakit, saya lihat ada beberapa jiran datang ke rumah membantu membaca Yasin dan ikhtiar untuk membantu dalam keadaan pesakit sedang meracau.
Saya pun bertanya kepada ayah pesakit untuk pengesahan amalan susulan mandian ais limau pada waktu petang semalam. Jawapan ayah pesakit ialah tak sempat diamalkan disebabkan tiba dirumah dari temujanji dengan pakar psikiatri pun telah malam.
Saya membalas tiada masalah sekiranya tidak sempat mandi ais limau dalam waktu Asar ke Maghrib sekiranya sibuk dengan hal tertentu. Ia boleh diamalkan selepas waktu itu sebenarnya.
Sesi rukyah pun dimulakan. Kali ini saya bermohon doa kepada Allah agar Allah merungkai punca sebenar penyakit yang dialami pesakit ini.
Ketika rukyah tiba-tiba pesakit kesurupan dan kali ini saya terpaksa berdialog dengan jin yang menggangu pesakit ini. Seperti biasa sebagai perawat tidak digalakkan berdialog dengan jin terlalu lama kerana jin suka menipu dan yang paling merisaukan boleh memberi kesan kepada otak pesakit juga. Berdialog hanya sekadarnya sahaja.
Apabila ditanya siapakah jin ini dan jin ini menjawab dia adalah kawan pesakit.
Saya bertanya apa tujuan jin itu dan jin pun menjawab untuk mengajak pesakit menjadi lelaki baik dan dia suka pesakit ini.
Kemudian saya bertanya... " Kau jin jantan atau jin betina ? "
Jin menjawab " Jin betina "
Saya bertanya lagi " Siapakah nama kamu ? "
Jin menjawab dengan nama seorang perempuan.
Kemudian saya lihat wajah ayah dan ibu pesakit seperti terkejut disebabkan nama perempuan yang jin tadi sebut seperti mereka pernah dengar.
Disebabkan saya rasa ingin tahu mengapa reaksi wajah ayah dan ibu pesakit nampak lain, terutamanya si ibu maka saya terus bertanya kepada ibu pesakit, "...kenalkah dengan nama tadi ? "
Si ibu menjawab " Kenal ". (saya terkejut !!)
Jeng, jeng, jenggggg...
Sambungan bahagian 2 - DI SINI !